Home » Citra Yadim » RSY Hidupkan Ramadan di Melaka

RSY Hidupkan Ramadan di Melaka

AYER KEROH – Rakan Siswa YADIM (RSY), selaku cabang mahasiswa gerak kerja badan dakwah ini tidak pernah sunyi dengan pelbagai aktiviti mereka.

Pada 24 April, menerusi program RSY Hidupkan Ramadan, pelbagai aktiviti diatur mereka di negeri ini.

Seramai 31 ahli RSY Melaka terlibat seawal pagi bagi persiapan program dua hari ini.

Selesai solat dhuha dan persiapan untuk memasak bubur lambuk, agihan mula diadakan selepas Zohor.

Sebanyak 321 pek bubur lambuk diagihkan kepada penduduk sekitar Bukit Katil dan Ayer Keroh.

Sumbangan barangan keperluan harian juga disampaikan kepada golongan asnaf yang memerlukan.

Hadir ke program ini ialah Pengarah YADIM Melaka, Muzafar Abd Rahim.

Program ini akan diteruskan pada sebelah malam dengan majlis berbuka puasa, solat tarawih dan tadarus Al-Quran.

Pada 25 April pula, antara yang akan diadakan ialah majlis khatam Al-Quran dan ceramah Ramadan.

RSY Hidupkan Ramadan ialah sebahagian pengisian program Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360).

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *