Home » Citra Yadim » Keluarga Mangsa Ribut Sungai Kering Disantuni.

Keluarga Mangsa Ribut Sungai Kering Disantuni.

YAN – Kami hadir lagi ke Sungai Kering. Kali ini membawa sumbangan barangan keperluan harian pada 24 April.

Sebanyak 20 keluarga yang menjadi mangsa ribut disantuni menerusi pemberian barangan keperluan harian, beras dan sedikit wang tunai.

Sumbangan disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, Yang Berhormat Ustaz Mohd Azam Abd Samad dan Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria dan wakil wakil komuniti.

Tinjauan lebih menyeluruh juga dilaksanakan kepada rumah rumah yang menjadi mangsa ribut baru baru ini.

Alhamdulillah nampaknya semakin banyak rumah yang telah mula dibaiki, malah ada yang sudah hampir siap.

InsyaAllah kita sama sama kerja keras pastikan mangsa kejadian ribut akan mempunyai kediaman yang sebaiknya menjelang Syawal tahun ini.

Program ini merupakan sebahagian daripada pengisian bagi program Musa’adah Mega agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang mensasarkan untuk membaiki 32 rumah di daerah Yan yang menjadi mangsa ribut baru baru ini

Program Musa’adah Mega turut mendapat kerjasama Angkatan Tentera Malaysia dan Kerajaan Negeri Kedah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *