Home » Citra Yadim » Ziarah Asnaf Di Tanah Merah

Ziarah Asnaf Di Tanah Merah

TANAH MERAH – Siri Ziarah Asnaf sempena Ihya Ramadhan Sebulan Yadim (IRSYAD 360) diteruskan pada 24 April oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY)Tanah Merah.

Kali ini mereka menziarahi asnaf  di Kampung Bukit Panau, Kampung Padang Bongor, Kampung Jelatok, Kampung Sat dan Kampung Manal di sini.

Sebanyak 15 keluarga telah disantuni terdiri daripada pesakit kronik dan penduduk miskin tegar.

Bantuan berupa barangan keperluan harian diserahkan oleh Setiausaha SAY Jeli Ustaz Muhammad Hanif Fitri Muhd Sawadi.

Turut hadir Ahli Jawatankuasa SAY  Tanah Merah Puan Wan Mariam  Wan Cob.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *