IRSYAD 360 YADIM Kedah di Kubang Pasu

JITRA – Program Ihya’ Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) terus dijayakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Kedah. Terbaharu dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Asrama Akhlak Perempuan Jitra, satu program diadakan pada 28 April bertujuan menyantuni penghuni pusat berkenaan. Ia dimulakan dengan slot Bicara Dakwah yang disampaikan oleh Da’i Humaira, Dai Pendakwah Milenia TV3. Program diakhiri […]

Program Kembara Tazkirah YADIM di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang

PUTRAJAYA – Kembara Tazkirah YADIM sempena program Ihya Ramadan Sebulan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (IRSYAD 360) diteruskan ke  Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri di sini pada 28 April. Kali ini selama sejam bermula 9.30 pagi, pegawai YADIM Ustaz Arif Adzwan Mohd Ali, berkongsi mengenai tajuk Hikmah Dalam Kehidupan, yang menyentuh berkaitan dengan […]

Mufti Perlis menang saman fitnah RM150,000

PETALING JAYA – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menang saman yang difailkannya terhadap seorang lelaki di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 28 April atas kenyataan fitnah yang dibuatnya pada 2018. Hakim Ishak Bakri mengarahkan defendan Arunakirinathan Thillainathan membayar ganti rugi RM150,000, selain kos sebanyak RM20,000 kepada Asri yang memfailkan saman fitnah itu […]

Musaádah Juadah YADIM Terengganu di Dungun.

DUNGUN – Selepas Setiu dan Kuala Berang, daerah ini menjadi lokasi terbaharu program Musaádah Juadah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu. Kali ini sebanyak 60 keluarga dari daerah ini menerima sumbangan ayam golek sebagai juadah berbuka puasa daripada badan dakwah ini. Simbolik penyerahan diadakan di Balairaya Kampung Burung Baru di sini sebelum para peserta bergerak […]

YADIM Sabah edar bubur lambuk dengan kerjasama IPK Sabah

KOTA KINABALU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah pada 28 April telah bekerjasama dengan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini memasak dan mengedar bubur lambuk sempena menyambut Ramadan. Ia diadakan dengan kerjasama Bahagian Agama dan Kaunseling Polis Diraja Malaysia IPK Sabah. Sebanyak 300 pek bubur lambuk dan 300 pek bubur kacang dihasilkan […]

Amrin dilantik Pengarah Urusan Kumpulan, CEO TH baharu

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Amrin Awaluddin dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) yang baharu menggantikan Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff. TH dalam satu kenyataan berkata, pelantikan itu berkuat kuasa 6 Mei ini dan dipersetujui Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. […]

YADIM Kelantan santuni pelajar Maahad Tahfizul Quran Al Ikhlas

BACHOK – Siri Ziarah kasih sempena Ihya Ramadhan Sebulan Yadim (IRSYAD 360) diteruskan pada 28 April oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan dengan menyantuni pelajar di Maahad Tahfizul Quran Al Ikhlas di Kampung Wakaf Zin di sini. Seramai 50 orang pelajar berumur antara 11 hingga 19 tahun sedang mengikuti pengajian tahfiz di sini. Bantuan […]

Bicara Agama Badan Beruniform Sempena IRSYAD 360

SUNGAI PETANI – Program Bicara Agama Badan Beruniform dengan pihak Kastam Diraja Malaysia merupakan pengisian terbaharu untuk Ihya Ramadan Sebulan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (IRSYAD 360) Kedah. Program itu diadakan di Dewan Ceria, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Daerah Kuala Muda di sini pada 28 April. Seramai 42 anggota jabatan itu menyertai program ini. Ceramah disampaikan […]