Home » Citra Yadim » IRSYAD 360 YADIM Kedah di Kubang Pasu

IRSYAD 360 YADIM Kedah di Kubang Pasu

JITRA – Program Ihya’ Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) terus dijayakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Kedah.
Terbaharu dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Asrama Akhlak Perempuan Jitra, satu program diadakan pada 28 April bertujuan menyantuni penghuni pusat berkenaan. Ia dimulakan dengan slot Bicara Dakwah yang disampaikan oleh Da’i Humaira, Dai Pendakwah Milenia TV3.
Program diakhiri dengan aktiviti ramah mesra dan iftar bersama mereka.
Hadir ke program ini ialah Pengetua Asrama Akhlak Perempuan Jitra, Samnah Asik, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Kubang Pasu, Haji Basharudin Samsudin, Pengerusi Kebajikan Kanak Kanak Kubang Pasu, Haji Fuad Ashaari dan Naib Pengerusi Inisiatif Bandar Selamat Jitra, Abd. Hamid Sulaiman.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *