Home » Citra Yadim » Bicara Agama Badan Beruniform Sempena IRSYAD 360

Bicara Agama Badan Beruniform Sempena IRSYAD 360

SUNGAI PETANI – Program Bicara Agama Badan Beruniform dengan pihak Kastam Diraja Malaysia merupakan pengisian terbaharu untuk Ihya Ramadan Sebulan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (IRSYAD 360) Kedah.

Program itu diadakan di Dewan Ceria, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Daerah Kuala Muda di sini pada 28 April. Seramai 42 anggota jabatan itu menyertai program ini.

Ceramah disampaikan oleh Al Fadzil Ustaz Mohammad Zainuddin Mohamed Zaini atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah Yeop.

Hadir ke program ini ialah Penolong Kanan Pengarah Kastam, Mohd Sukri Jusoh dan Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *