Pelancaran Dapur YADIM di Pulau Pinang

DATUK KERAMAT – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 3 Julai telah melancarkan inisiatif Dapur YADIM di Masjid Hashim Yahya di sini. Menerusi Dapur YADIM, Sukarelawan YADIM akan bekerjasama memasak dan mengedar makanan kepada golongan yang memerlukan setiap minggu. Sasarannya ialah untuk menyantuni kira kira 60 keluarga setiap minggu. Hadir ke majlis pelancaran ini ialah […]

300 Wira Oren terima sumbangan YADIM

SEBERANG PERAI – Seramai 300 pekerja pembersihan di negeri ini menerima sumbangan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 3 Julai. Mereka yang dikenali sebagai Wira Oren Majlis Bandaraya Seberang Perai, adalah golongan yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di negeri ini. Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh […]

Sumbangan untuk PPV Dewan Millenium, IPD Seberang Perai Utara

KEPALA BATAS – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 3 Julai berada di negeri ini untuk pelbagai program menyantuni rakyat. Program pertama diadakan di Pusat Pemberian Vaksin Dewan Millenium di sini pada jam 9.30 pagi. Di sini, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh menyampaikan bantuan berupa barangan makanan kering seperti biskut, roti, […]

Sumbangan untuk kanak kanak pengidap Severe Laryngomalacia

KUANTAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang telah dihubungi oleh warga Felda Bukit Sagu 1 di sini berkaitan seorang kanak-kanak pengidap Severe Laryngomalacia yang memerlukan tiub baru untuk kegunaannya. Ia kerana tiub yang kini digunakannya sudah lama tidak ditukar sehingga menyebabkan mulutnya mula berbau. Severe Laryngomalacia mengakibatkan pengidapnya bernafas dengan bunyi yang kuat, selain […]