Home » Citra Yadim » Sumbangan untuk PPV Dewan Millenium, IPD Seberang Perai Utara

Sumbangan untuk PPV Dewan Millenium, IPD Seberang Perai Utara

KEPALA BATAS – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 3 Julai berada di negeri ini untuk pelbagai program menyantuni rakyat.

Program pertama diadakan di Pusat Pemberian Vaksin Dewan Millenium di sini pada jam 9.30 pagi.

Di sini, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh menyampaikan bantuan berupa barangan makanan kering seperti biskut, roti, maggi selain air kotak.

Program seterusnya diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara.

Sebanyak 150 kotak pelitup muka dan enam kotak air mineral disampaikan oleh Tuan Kamarul Arief kepada wakil Ketua Polisi Daerah Seberang Perai Utara.

Hadir sama ialah Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Mohd Afifi Ruslan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *