Home » Citra Yadim » Pelancaran Dapur YADIM di Pulau Pinang

Pelancaran Dapur YADIM di Pulau Pinang

DATUK KERAMAT – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 3 Julai telah melancarkan inisiatif Dapur YADIM di Masjid Hashim Yahya di sini.

Menerusi Dapur YADIM, Sukarelawan YADIM akan bekerjasama memasak dan mengedar makanan kepada golongan yang memerlukan setiap minggu.

Sasarannya ialah untuk menyantuni kira kira 60 keluarga setiap minggu.

Hadir ke majlis pelancaran ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Mohd Afifi Ruslan.

Pada majlis yang sama, badan dakwah ini juga melaksanakan  sumbangan 120 kotak pelitup muka kepada Masjid Hashim Yahya dan Masjid Arawana, selain sumbangan kotak rezeki YADIM kepada 40 Orang Kelainan Upaya penglihatan melalui Persatuan Orang Kurang Upaya Cacat Penglihatan Pulau Pinang dan sumbangan 20 kotak rezeki YADIM kepada koordinator Sukarelawan Yadim Dewan Undangan Negeri Datuk Keramat.

Turut diadakan selepas itu ialah  penyampaian sumbangan kepada nelayan yang terjejas dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Seramai 100 orrang nelayan menerima kotak rezeki YADIM yang disampaikan oleh Tuan Kamarul kepada pengerusi pengerusi persatuan nelayan daerah Barat Daya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *