Lagi sumbangan untuk penduduk memerlukan daripada YADIM Negeri Sembilan

SENAWANG – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan meneruskan inisiatif menyantuni mereka yang memerlukan di sekitar bandar ini dan Seremban. Pada 17 Julai, seramai 11 keluarga yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di kawasan berkenaan menerima sumbangan barangan keperluan harian. Mereka yang disantuni terputus punca pendapatan, menjalani kuarantin serta warga emas yang memerlukan […]

Sumbangan untuk petugas SJR Kuala Muda

KUALA MUDA –  Prihatin dengan kebajikan petugas barisan hadapan yang berkhidmat di tujuh Sekatan Jalan Raya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan  di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah menyampaikan sumbangan di Sub-Tek EMCO Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda. Sebanyak 20 kotak air mineral, lima kotak air minuman dalam kotak dan lima kotak […]

Musa’adah YADIM Kedah di Belantik

SIK – “Sik daerah yang kaya dengan kemiskinan”…. Demikian kata-kata Allahyarham Prof Emeritus Dato’ Dr. Shahnon Ahmad, Sasterawan Negara dan mantan Ahli Parlimen Sik suatu ketika dahulu yang menggambarkan ramainya penduduk yang hidup dalam kesusahan dan kemiskinin di daerah ini. Alhamdulillah, hari ini daerah Sik sudah banyak berubah, kadar kemiskinan sudah berkurangan, taraf kehidupan semakin […]

Musaádah dan sanitasi masjid oleh SAY Tanah Merah

TANAH MERAH – Masjid Ismail Pet’ra dan Masjid Saidina Osman di sini menjadi lokasi terbaharu program sanitasi oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan. Inisiatif ini dilaksanakan dengan kerjasama Sukarelawan YADIM (SAY) Tanah Merah. Tujuh ahli SAY Tanah Merah hadir ke program ini yang turut disertai oleh Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang . Hadir […]

Misi Menyantuni Pemandu Teksi Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Dengan kerjasama rakan strategik seperti Ihsan Johor, Sahabat Selawat Nariyah dan Pusat Rawatan Islam Terapi Al Quran, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 17 Julai menyantuni seramai 100 pemandu teksi di bandar raya ini. Tidak dinafikan pemandu teksi antara golongan yang paling terjejas dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Prihatin dengan situasi […]

Sumbangan Aidiladha SAY Sungai Petani

SIDAM KIRI – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Sungai Petani meneruskan usahanya menyantuni golongan yang terkesan dengan Covid-19 di kawasan ini. Terbaharu pada 17 Julai sebanyak 15 keluarga dari golongan pesakit kronik, ibu tunggal dan warga emas disantuni . Mereka merupakan penduduk dari Kampung Lubuk Saga, Kampung Padang Buluh dan Kampung Baru Pinang Tunggal. […]