Home » Citra Yadim » Sumbangan untuk petugas SJR Kuala Muda

Sumbangan untuk petugas SJR Kuala Muda

KUALA MUDA –  Prihatin dengan kebajikan petugas barisan hadapan yang berkhidmat di tujuh Sekatan Jalan Raya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan  di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah menyampaikan sumbangan di Sub-Tek EMCO Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda.

Sebanyak 20 kotak air mineral, lima kotak air minuman dalam kotak dan lima kotak biskut disumbangkan pada 17 Julai.

Ia disampaikan oleh Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria kepada Pegawai Agama Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, Ustaz Asyraf Yusof.

Hadir sama ialah Pengerusi badan bukan kerajaan, Pertubuhan Belia Merbok, Ustaz Zahir Abd Halim.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *