Home » Citra Yadim » Musa’adah YADIM Kedah di Belantik

Musa’adah YADIM Kedah di Belantik

SIK – “Sik daerah yang kaya dengan kemiskinan”…. Demikian kata-kata Allahyarham Prof Emeritus Dato’ Dr. Shahnon Ahmad, Sasterawan Negara dan mantan Ahli Parlimen Sik suatu ketika dahulu yang menggambarkan ramainya penduduk yang hidup dalam kesusahan dan kemiskinin di daerah ini.

Alhamdulillah, hari ini daerah Sik sudah banyak berubah, kadar kemiskinan sudah berkurangan, taraf kehidupan semakin baik.  Walaubagaimanapun, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan( PKP) yang dikuatkuasakan di seluruh negara ketika ini menyebabkan ramai penduduk di sini yang terjejas dari sudut pendapatan.

Prihatin dengan situasi ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Belantik bertindak menyantuni penduduk Sik yang berada dalam DUN Belantik yang terdiri dari warga emas, ibu tunggal, asnaf dan golongan yang terkesan dengan PKP Covid-19 pada 17;Julai.

Sebanyak 40 set Musa’adah YADIM yang mengandungi barang makanan seperti beras, gula, tepung, biskut, kicap, sos dan kordial disumbangkan kepada penerima.

Selesai menyampaikan sumbangan, pasukan YADIM pula menerima buah durian dan rambutan yang banyak berbuah disini ketika ini.

Bak kata pepatah “orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita menerima”

Hadir dalam program ini ialah ADUN Belantik, Yang Berhormat Ustaz Md Isa Syafie, Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria dan Pegawai Operasi YADIM Kedah, Haji Azmi Mohamad.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *