Home » Citra Yadim » Musaádah dan sanitasi masjid oleh SAY Tanah Merah

Musaádah dan sanitasi masjid oleh SAY Tanah Merah

TANAH MERAH – Masjid Ismail Pet’ra dan Masjid Saidina Osman di sini menjadi lokasi terbaharu program sanitasi oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan.

Inisiatif ini dilaksanakan dengan kerjasama Sukarelawan YADIM (SAY) Tanah Merah.

Tujuh ahli SAY Tanah Merah hadir ke program ini yang turut disertai oleh Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang . Hadir sama ialah Ketua SAY Tanah Merah , Cikgu Mohd Nor Yusof dan Imam 1 Masjid Ismail Petra, Ustaz Wan Saifuddin Wan Abd Ghani.

Selesai kerja-kerja sanitasi, Ustaz Mahadi menyerahkan 20 pek Musa’adah kepada Cikgu Mohd Nor untuk diagihkan kepada asnaf sekitar jajahan Tanah Merah.

Sebelum ini, YADIM Kelantan juga melaksanakan sanitasi di Kota Bahru, Pasir Puteh,Tumpat dan beberapa lagi kawasan sebagai usaha memastikan kebersihan masjid dan surau di negeri ini.

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *