Musaadah Pasca Banjir di Kuala Krai

KUALA KRAI –  Bagi meringankan bebanan mangsa banjir dari jajahan ini, YADIM Kelantan tampil menghulurkan sumbangan kepada mereka pada 18 Januari. Seramai 50 mangsa banjir menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM dan wang tunai daripada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Datuk Ahmad Marzuk Shaary. Hadir mewakili YADIM Kelantan  […]

Tahsin Ibadah Pengurusan Jenazah di Masjid Al Munira, Pokok Tai

PENDANG – YADIM Kedah meneruskan inisiatif dakwah mereka di daerah ini pada 18 Januari menerusi program Tahsin Ibadah Pengurusan Jenazah. Meskipun menyasar kehadiran sekitar 50 peserta, program yang diadakan dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Al Munira, Pokok Tai di sini mendapat sambutan sangat baik apabila seramai 78 peserta hadir. Pengisian disampaikan oleh Ust Haji Azmi […]

Sumbangan SAY untuk anak yatim, warga memerlukan di Sijangkang dan Kebun Bharu

SIJANGKANG – Menyantuni mereka yang memerlukan amat dianjurkan Islam, lebih lebih lagi kepada anak anak yatim. Meskipun sekadar barangan dapur, telur dan air mineral, ia tetap membawa keceriaan kepada penerimanya. Sumbangan kepada Pertubuhan Rumah Anak – Anak yatim Sijangkang yang diusahakan sendiri oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat ini disampaikan pada 17 Januari dan diterima […]

Ziarah Asnaf di Kampung Alor Pasir

TANAH MERAH – Meskipun tidak jelas terucap, namun dari tutur bahasa dan riak wajah, jelas mereka amat terharu dengan sumbangan yang diterima. Dengan kedudukan kediaman yang terpencil dan jauh dari jalan utama kampung, mereka tidak menyangka ada yang mahu datang menziarahi, apatah lagi menyampaikan sumbangan. Namun pada 17 Januari, dua agensi agama Islam persekutuan, Yayasan […]