Home » Citra Yadim » Musaadah Pasca Banjir di Kuala Krai

Musaadah Pasca Banjir di Kuala Krai

KUALA KRAI –  Bagi meringankan bebanan mangsa banjir dari jajahan ini, YADIM Kelantan tampil menghulurkan sumbangan kepada mereka pada 18 Januari.

Seramai 50 mangsa banjir menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM dan wang tunai daripada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Hadir mewakili YADIM Kelantan  ialah pengarahnya,Ustaz Haji Mahadi Awang.

Turut hadir Ahli Parlimen Kuala Krai,  Yang Berhormat Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri Guchil, Yang Berhormat Hilmi Abdullah dan Ketua Sukarelawan YADIM Kuala Krai, Haji Mohd Fauzi Husin.

Majlis berlangsung di Masjid Mukim Kenor Kuala Krai.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *