Home » Citra Yadim » Tahsin Ibadah Pengurusan Jenazah di Masjid Al Munira, Pokok Tai

Tahsin Ibadah Pengurusan Jenazah di Masjid Al Munira, Pokok Tai

PENDANG – YADIM Kedah meneruskan inisiatif dakwah mereka di daerah ini pada 18 Januari menerusi program Tahsin Ibadah Pengurusan Jenazah.

Meskipun menyasar kehadiran sekitar 50 peserta, program yang diadakan dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Al Munira, Pokok Tai di sini mendapat sambutan sangat baik apabila seramai 78 peserta hadir.

Pengisian disampaikan oleh Ust Haji Azmi Mohammad dari YADIM Kedah.

Peserta diberikan pendedahan bermula daripada sesi secara teori sebelum diteruskan dengan praktikal mandi, kafan serta solat jenazah.

Ahli kariah dan para peserta amat berterima kasih pada pihak YADIM Kedah atas pengisian ini dan berharap program ini diadakan lagi pada masa hadapan.

Turut hadir ke program ini ialah Imam merangkap Pengerusi Masjid Al Munira, Ustaz Haji Abd Ghani Haji Karia, setiausaha masjid, Ustaz Mohd Zulkifli Ali, serta ahli ahli jawatankuasa masjid.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *