Sumbangan untuk pondok terbakar di Dulang Besar

YAN – Musibah kebakaran telah menimpa Pondok Maahad As Syatirie, Dulang Besar di sini pada 22 Januari. Dalam kejadian berkenaan, hampir keseluruhan bahagian atas bangunan yang menempatkan asrama pelajar telah musnah, namun mujur tiada kemalangan jiwa berlaku. Sebagai sebuah badan yang prihatin, YADIM Kedah telah menziarahi pondok berkenaan dan menyampaikan sedikit sumbangan. Pengarah YADIM Kedah, […]

50 set sumbangan buah limau untuk komuniti Cina Kuala Krai dan Gua Musang

GUA MUSANG – Sesuai dengan gerak kerja menyantuni semua dalam menyebarkan dakwah, YADIM Kelantan telah menyampaikan 50 set sumbangan buah limau  kepada komuniti Cina Jajahan Kuala Krai dan Gua Musang. Program pada 23 Januari ini diadakan sempena Tahun Baru Cina yang menjelang tiba. Hadir mewakili YADIM Kelantan ialah Pengarahnya Ustaz Haji Mahadi Awang. Hadir sama […]

Tahsin Ibadah pengurusan jenazah di Kampung Hutan Terabak

JITRA – Siri terbaharu program Tahsin Ibadah pengurusan jenazah oleh YADIM Kedah diadakan pada 23 Januari di Surau Tuan Haji Idris, Kampung Hutan Terabak di sini. Ceramah yang disampaikan oleh pegawai YADIM Kedah, Ustaz Haji Azmi Mohammad menyentuh pelbagai perkara dalam ibadah berkenaan bermula mandi, kafan, solat jenazah dan sebagainya, termasuklah amalan praktikal dan soal […]