Home » Citra Yadim » Tahsin Ibadah pengurusan jenazah di Kampung Hutan Terabak

Tahsin Ibadah pengurusan jenazah di Kampung Hutan Terabak

JITRA – Siri terbaharu program Tahsin Ibadah pengurusan jenazah oleh YADIM Kedah diadakan pada 23 Januari di Surau Tuan Haji Idris, Kampung Hutan Terabak di sini.

Ceramah yang disampaikan oleh pegawai YADIM Kedah, Ustaz Haji Azmi Mohammad menyentuh pelbagai perkara dalam ibadah berkenaan bermula mandi, kafan, solat jenazah dan sebagainya, termasuklah amalan praktikal dan soal jawab.

Alhamdulillah, seramai 35 peserta mengikuti program ini yang kebanyakannya belia.

Ahli Jawatankuasa Surau dan wakil wakil komuniti yang terlibat mengucapkan terima kasih atas penganjuran program ini.

Hadir sama ke program ini ialah Penaung Surau Tuan Haji Idris,  Ustaz Mohd Afifi Mahadhir, Imam merangkap Pengerusi Masjid Al Munira, Haji Abd Ghani Ahmad, Setiausaha Surau Tuan Haji Idris
Ramli Harom serta bendahari, Azrul Ahmad.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *