Home » Citra Yadim » Sumbangan untuk pondok terbakar di Dulang Besar

Sumbangan untuk pondok terbakar di Dulang Besar

YAN – Musibah kebakaran telah menimpa Pondok Maahad As Syatirie, Dulang Besar di sini pada 22 Januari.

Dalam kejadian berkenaan, hampir keseluruhan bahagian atas bangunan yang menempatkan asrama pelajar telah musnah, namun mujur tiada kemalangan jiwa berlaku.

Sebagai sebuah badan yang prihatin, YADIM Kedah telah menziarahi pondok berkenaan dan menyampaikan sedikit sumbangan.

Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria telah menyampaikan sumbangan wang tunai dan kit Musaadah YADIM yang diterima mudir pondok berkenaan, Ustaz Zainuddin Zainal.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *