Home » Citra Yadim » 50 set sumbangan buah limau untuk komuniti Cina Kuala Krai dan Gua Musang

50 set sumbangan buah limau untuk komuniti Cina Kuala Krai dan Gua Musang

GUA MUSANG – Sesuai dengan gerak kerja menyantuni semua dalam menyebarkan dakwah, YADIM Kelantan telah menyampaikan 50 set sumbangan buah limau  kepada komuniti Cina Jajahan Kuala Krai dan Gua Musang.

Program pada 23 Januari ini diadakan sempena Tahun Baru Cina yang menjelang tiba.

Hadir mewakili YADIM Kelantan ialah Pengarahnya Ustaz Haji Mahadi Awang.

Hadir sama ialah Ketua SAY Jajahan Kuala Krai, Tuan Haji Fauzi  Husin, Ketua SAY Gua Musang, Mohd Khairuddin Bin Ismail, Bendahari SAY Gua Musang Ustaz Suhaimi Mat Deris, serta wakil wakil komuniti kawasan ini.

Selain pek buah limau, mereka yang disantuni juga menerima risalah berkenaan agama Islam dalam bahasa cina.

Program diadakan di Rumah Ibadat Persatuan Yit Lan Kuala Krai sebelum diteruskan di bandar Gua Musang.

Selain menyebarkan dakwah, program ini mahu memupuk keharmonian antara semua kalangan masyarakat.

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *