Bayar zakat dalam talian

Kuala Lumpur – Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menganjurkan kempen Ramadan Penuh Makna sebagai galakan kepada masyarakat untuk menunaikan zakat harta dan fitrah. Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman berkata, zakat merupakan salah satu kewajipan bagi menyucikan jiwa dan wang tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir miskin membuat persiapan Aidilfitri. […]

Sambutan Badar Al Kubra peringkat Seberang Perai

PONGSU SERIBU – Peristiwa Badar Al Kubra membuktikan orang-orang yang berjuang demi mencapai keredhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Bagi meneladani peristiwa bersejarah itu, YADIM Pulau Pinang bersama Muktamar Dakwah Malaysia (MDM) bekerjasama menganjurkan Program Sambutan Badar Al Kubra Peringkat Seberang Perai pada 17 April bertempat di Pusat Tarbiah Pongsu Seribu di sini. Seramai […]

Malaysia kutuk Israel serang jemaah Palestin di Masjid Al Aqsa

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera penjajah Israel ke atas penduduk awam dan jemaah Palestin di Masjid Al Aqsa, Baitulmuqaddis, semalam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. “Serangan yang berlaku terhadap sebuah masjid paling suci bagi umat Islam dan dalam bulan Ramadan yang mulia ini menunjukkan keganasan berlanjutan dan dasar aparteid yang diamalkan oleh […]

Tindakan pemimpin politik Sweden bakar al-Quran melampau – Idris

Kota Bharu – Tindakan ekstrem seorang pemimpin parti politik di Sweden yang membakar senaskah al-Quran, Khamis lalu disifatkan perbuatan melampau yang tidak sepatutnya berlaku. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, semua mereka yang beragama hendaklah sentiasa menghormati sesama agama, seperti mana yang dianjurkan oleh Islam. “Ia perkara yang sepatutnya […]

Iftar bersama Pusat Pemulihan Akhlak Machang

KERJASAMA strategik bersama jabatan kerajaan tidak seharusnya dihadkan kepada program di lapangan semata mata, sebaliknya juga perlu melibatkan usaha mengeratkan ukhuwah bersama kakitangan jabatan. Mengambil semangat tersebut, YADIM Kelantan pada 17 April bekerjasama dengan Pusat Pemulihan Akhlak Machang mengadakan Majlis Iftar bersama, yang diadakan di padang jabatan berkenaan. Seramai 500 kakitangan Pusat Pemulihan Akhlak Machang, […]