YADIM Kelantan menyantuni mangsa banjir

CAKNA Dengan banjir yang mula melanda, YADIM Kelantan bergerak pantas memulakan gerak kerja menyantuni mangsa-mangsa musibah berkenaan. Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial, Pasir Mas telah dikunjungi pada 3 Disember dan badan dakwah ini telah menyantuni seramai 673 mangsa daripada 240 keluarga yang ditempatkan di PPS tersebut. YADIM Kelantan dibantu tiga […]

SAY Kuala Langat menyantuni penduduk sekitar Kampung Sijangkang

LENSA Inisiatif Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat yang menyantuni penduduk memerlukan di sekitar daerah berkenaan baru-baru ini. Seramai 22 keluarga miskin dan anak yatim di Kampung Telok Mengkuang, Kampung Jenjarom, Kampung Medan, Kampung Sawah, Kampung Sijangkang dan Jalan Sukepi menerima sumbangan makanan untuk meringankan beban mereka. Ia disampaikan oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Haji Hasmawi […]

Program YADIM Interaktif : Kolokium Kenegaraan Pendidikan Manusiawi Masyarakat Madani

BERTUJUAN Memperkasa kefahaman Malaysia Madani dalam kalangan masyarakat pendidik dan orang awam, YADIM Kedah dan Perlis telah menganjurkan Program YADIM Interaktif : Kolokium Kenegaraan Pendidikan Manusiawi Masyarakat Madani pada 2 Disember. Dianjurkan dengan kerjasama Yayasan Takmir Pendidikan (YTP) Kedah dan ABIM Kedah, ia disempurnakan perasmiannya oleh Timbalan Yang Dipertua YADIM, Professor Madya Dr. Adi Anuar […]

Majlis RSY Mesir di Bengkel Kepimpinan Madani

MAJLIS Pimpinan Rakan Siswa YADIM (RSY) Mesir telah menghadiri Bengkel Kepimpinan Madani dan Majlis Apresiasi MP3M 2023 yang dianjurkan oleh Education Malaysia Egypt (EME). Kehadiran 12 orang barisan pimpinan RSYM bertujuan memperkasa kefahaman dan kepimpinan berteraskan enam nilai teras Malaysia Madani. RSY Mesir juga telah menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan EME dan persatuan pelajar induk […]

Program Aspirasi Belia Madani

LENSA Program Aspirasi Belia Madani di Pusat Giat MARA Marang pada 29 November. Seramai 29 pelajar menyertai program bacaan menggunakan Kitab Fiqh Manhaji dan dilaksana dalam bentuk interaksi dua hala selama lebih sejam. Tumpuan kali ini adalah berkaitan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian ketika membaca Tasyahhud . Perbincangan tentang hukum tajwid juga diadakan. Program […]

Program Belia Berselawat di IKBN Naka

SELAWAT Dan qasidah dialunkan bagi mengingati insan agung, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW menerusi program Belia Berselawat pada 28 November. Program tersebut telah bergema di Dewan Gemilang, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka dengan pengisian alunan selawat, zikir, qasidah dan tausiyah yang melibatkan semua pelajar IKBN, pegawai dan keluarga mereka. Program anjuran IKBN tersebut dengan […]

Dapur Madani oleh YADIM Terengganu

LENSA Sekitar inisiatif Dapur Madani oleh YADIM Terengganu pada 28 November. Seramai 6 Sukarelawan YADIM Banggol Donas terlibat dengan inisiatif ini. Mereka bergotong-royong menyediakan 100 bungkus makanan yang diedarkan dengan kerjasama pihak RELA dan 10 Sukarelawan YADIM Batu Rakit untuk penduduk di kawasan terjejas banjir di Wakaf Tengah, Kuala Nerus, Kawasan Rukun Tetangga Kampung Alor […]

Fit@YADIM dan Perhimpunan Bulanan YADIM bagi bulan November

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) komited membina warga yang cergas dan cerdas “BASTOTAN FI ILMI WAL JISMI”. Tuan Ahmad Saparudin Yusup Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah Dan Wanita telah membimbing Fit Yadim kali ini. Turut menyertai Fit Yadim ialah Tuan Haji Zamri bin Zainal Abidin Ketua Pegawai Eksekutif Yadim. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) turut […]

Program ‘Pemantapan Sahsiah dan Jati Diri Belia Madani’

BERTUJUAN Meningkatkan keimanan dan ketakwaan serta memperkasakan semangat patriotisme dalam kalangan belia, Pertubuhan Dai Kuala Lumpur menganjurkan program ‘Pemantapan Sahsiah dan Jati Diri Belia Madani’. Bertempat di King Fisher Camping Resort, Hulu Langat, program dengan tema ‘Belia Diperkasa, Umat Sejahtera’ ini disertai seramai 40 pelajar dari Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), Kuala Lumpur. Yang Dipertua […]

PROGRAM Bicara Minda : Malaysia Madani & Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama

PROGRAM Bicara Minda : Malaysia Madani & Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama di Dewan Auditorium, Blok Pentadbiran, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian telah berlangsung pada 26 November. Anjuran bersama YADIM Kelantan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan HUSM, ia dihadiri seramai 160 Jururawat dan Pembantu Perawatan Kesihatan. Ucapan aluan program telah disampaikan oleh Pengarah YADIM […]