Home » Citra Yadim » PROGRAM Bicara Minda : Malaysia Madani & Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama

PROGRAM Bicara Minda : Malaysia Madani & Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama

PROGRAM Bicara Minda : Malaysia Madani & Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama di Dewan Auditorium, Blok Pentadbiran, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian telah berlangsung pada 26 November.
Anjuran bersama YADIM Kelantan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan HUSM, ia dihadiri seramai 160 Jururawat dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
Ucapan aluan program telah disampaikan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang sebelum Timbalan Pengarah Operasi HUSM, Professor Dr Mohd Imran Yusof memberi ucaptama perasmian program.
Slot pertama ceramah dalam program ini diisi oleh Ketua Penolong Pengarah MKN Kelantan Haji Hishamuddin Ab Rashid yang membawa tajuk ‘Isu Keselamatan Negara’.
Ia diteruskan dengan slot kedua oleh Du’at Al-Falah, Ustaz Mohd Rosli bin Husin dengan tajuk ‘Membina Masyarakat Madani’.
Lebih banyak program seperti ini dirancang untuk diadakan oleh YADIM Kelantan dengan kerjasama rakan-rakan strategik pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *