Home » Citra Yadim » Program ‘Pemantapan Sahsiah dan Jati Diri Belia Madani’

Program ‘Pemantapan Sahsiah dan Jati Diri Belia Madani’

BERTUJUAN Meningkatkan keimanan dan ketakwaan serta memperkasakan semangat patriotisme dalam kalangan belia, Pertubuhan Dai Kuala Lumpur menganjurkan program ‘Pemantapan Sahsiah dan Jati Diri Belia Madani’.
Bertempat di King Fisher Camping Resort, Hulu Langat, program dengan tema ‘Belia Diperkasa, Umat Sejahtera’ ini disertai seramai 40 pelajar dari Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), Kuala Lumpur.
Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus telah merasmikan program ini pada 28 November.
Ketika merasmikan program, beliau turut memberi motivasi kepada para peserta yang hadir.
Hadir sama ialah Pengerusi Pertubuhan Dai Kuala Lumpur, Ustaz Haji Azizi Ab Hamid Al Hafiz dan Setiausahanya, Muhd Redzuan Ahmad serta guru-guru SBJK.
Program ini dijayakan dengan kerjasama Daie Komuniti YADIM dan KemPerkid.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *