Home » Citra Yadim » Program Belia Berselawat di IKBN Naka

Program Belia Berselawat di IKBN Naka

SELAWAT Dan qasidah dialunkan bagi mengingati insan agung, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW menerusi program Belia Berselawat pada 28 November.
Program tersebut telah bergema di Dewan Gemilang, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka dengan pengisian alunan selawat, zikir, qasidah dan tausiyah yang melibatkan semua pelajar IKBN, pegawai dan keluarga mereka.
Program anjuran IKBN tersebut dengan kerjasama YADIM Kedah dan Perlis ini dimulakan dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah diikuti majlis bacaan Yassin dan solat hajat, bacaan Qunut Nazilah secara beramai ramai, persembahan qasidah oleh kumpulan Abidullah Maulid dan seterusnya ceramah yang disampaikan oleh Zamalah YADIM, Ustaz Firdaus Che Rush.
Turut bersama dalam program ini ialah Pengarah IKBN Naka, Tuan Mohd Ridzuan Wan Abdullah Zawawi.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *