Home » Citra Yadim » Majlis RSY Mesir di Bengkel Kepimpinan Madani

Majlis RSY Mesir di Bengkel Kepimpinan Madani

MAJLIS Pimpinan Rakan Siswa YADIM (RSY) Mesir telah menghadiri Bengkel Kepimpinan Madani dan Majlis Apresiasi MP3M 2023 yang dianjurkan oleh Education Malaysia Egypt (EME).
Kehadiran 12 orang barisan pimpinan RSYM bertujuan memperkasa kefahaman dan kepimpinan berteraskan enam nilai teras Malaysia Madani.
RSY Mesir juga telah menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan EME dan persatuan pelajar induk bagi menganjurkan beberapa program untuk manfaat serta kebaikan buat mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di Mesir.
Pegawai bertanggungjawab daripada EME adalah Setiausaha Pertama (Pendidikan), Encik Salehuddin Syafie dan Setiausaha Pertama (Pendidikan), merangkap Pemangku Pengarah EME, Encik Hisyam Zainal.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *