Orang bukan Islam perlu henti campuri hal orang Islam

IPOH – Persatuan India Muslim Perak (PRIM) menggesa bukan muslim untuk berhenti masuk campur dalam hal ehwal agama Islam di negara ini. Pengerusinya, Mohamed Arib Aliah berkata, tindakan mencampuri urusan agama Islam oleh orang bukan Islam menyebabkan masyarakat berpecah belah. Katanya, rakyat Malaysia perlu terus mengamalkan sikap toleransi dan saling menghormati antara satu sama lain […]

Ambang tahun baharu: Selangor anjur program doa Palestin merdeka

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor menganjurkan Program Panggilan Intifada: Doa Untuk Palestin sebagai sebahagian acara kemuncak menyambut kedatangan tahun baharu 2024. Hampir 500 peserta menyertai acara berkenaan yang berlangsung di Dataran Karnival pekarangan Stadium Shah Alam bermula jam 6.30 petang Sabtu. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, program itu sebagai tanda solidariti rakyat […]

Wacana baik harus dijulang, bukan dicerca dengan kritikan melampau – Anwar

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sesuatu wacana yang baik harus dijulang dan bukannya dicerca dengan kritikan melampau, khususnya yang membabitkan konteks daripada ayat al-Quran. Menerusi catatan di aplikasi X, Anwar menyentuh mengenai satu majlis membabitkan penjawat awam yang mana beliau mengingatkan tentang kepentingan nilai dan akhlak dalam menjalankan tugas, amanah serta […]

Tiada sambutan ambang tahun baharu tanda solidariti kepada Palestin, mangsa banjir

SHAH ALAM: Kerajaan Persekutuan tidak membuat sebarang perancangan untuk mengadakan sambutan Ambang Tahun Baharu 2024. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ia sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin yang kini ditindas dengan kejam oleh rejim zionis Israel dan menghormati mangsa banjir di beberapa negeri. “Di peringkat kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan mungkin diadakan program sambutan yang bersesuaian […]

Ngeh mohon maaf, tarik semula cadangan lantik pakar bukan Islam

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham hari ini memohon maaf berhubung cadangannya supaya kerajaan melantik pakar daripada orang bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal undang-undang Islam. Ngeh turut menarik semula cadangannya itu, dengan menjelaskan beliau tidak mengetahui bahawa jawatankuasa khas itu sebenarnya dibentuk Majlis Kebangsaan […]

Kes tipu pakej umrah bawah bidang kuasa Motac – Na’im

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar menjelaskan isu penipuan pakej umrah yang berleluasa kebelakangan ini bukan di bawah bidang kuasa kementeriannya. Katanya, semua syarikat atau agensi menawarkan pakej umrah itu tertakluk kepada akta di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac). “Setakat ini kita menghormati (bidang kuasa), kalau kita lihat […]

Kerajaan Pusat sedia bantu masjid, surau terjejas banjir

JERANTUT – Kerajaan Persekutuan sedia mempertimbangkan bantuan kepada masjid dan surau yang terjejas banjir, walaupun institusi berkenaan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pihaknya sedia menyalurkan bantuan jika terdapat permohonan diajukan menerusi sahabat agensi di bawah kementerian itu. “Kita sebenarnya […]