Home » Langit Terbuka » Orang bukan Islam perlu henti campuri hal orang Islam

Orang bukan Islam perlu henti campuri hal orang Islam

Mohamed Arib (dua dari kiri) membantu mengedarkan barang-barang keperluan sempena Program Dapur Rakyat Ambang Tahun Baharu di pekarangan Ariff Frozen Food, Taman Seri Tasek di sini pada Ahad.

IPOH – Persatuan India Muslim Perak (PRIM) menggesa bukan muslim untuk berhenti masuk campur dalam hal ehwal agama Islam di negara ini.

Pengerusinya, Mohamed Arib Aliah berkata, tindakan mencampuri urusan agama Islam oleh orang bukan Islam menyebabkan masyarakat berpecah belah.

Katanya, rakyat Malaysia perlu terus mengamalkan sikap toleransi dan saling menghormati antara satu sama lain bagi memastikan perpaduan masyarakat terus utuh.

“Orang bukan Islam kalau mereka campur tangan saya rasa tak sesuai sebab urusan agama Islam orang Islam sahaja tahu. Mungkin ada sesetengah bukan Islam yang tahu dan membaca tentang Islam tapi sesetengah tidak tahu tapi buat-buat tahu.

“Kalau tak tahu tak perlu sentuh apa-apa tentang Islam kerana ia akan mencetuskan perpecahan dalam kalangan masyarakat dan menyebabkan ketegangan kaum. Saya minta kalau boleh kita bersatu padu, tak nak berpecah belah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sempena Program Dapur Rakyat Ambang Tahun Baharu di pekarangan Ariff Frozen Food, Taman Seri Tasek di sini pada Ahad.

Sementara itu mengenai Program Dapur Rakyat Ambang Tahun Baharu, Mohamed Arib berkata, ia dianjurkan oleh PRIM dengan kerjasama Ariff Frozen Food bagi membantu golongan memerlukan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *