Home » Langit Terbuka » Tiada sambutan ambang tahun baharu tanda solidariti kepada Palestin, mangsa banjir

Tiada sambutan ambang tahun baharu tanda solidariti kepada Palestin, mangsa banjir

Sumber Gambar: BERNAMA

SHAH ALAM: Kerajaan Persekutuan tidak membuat sebarang perancangan untuk mengadakan sambutan Ambang Tahun Baharu 2024.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ia sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin yang kini ditindas dengan kejam oleh rejim zionis Israel dan menghormati mangsa banjir di beberapa negeri.

“Di peringkat kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan mungkin diadakan program sambutan yang bersesuaian dengan keadaan setempat,” katanya kepada media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) di sini malam ini.

Terdahulu, media melaporkan Jabatan Kemajuan Islam akan menganjurkan Program Kerohanian Ambang Tahun Baharu 2024 pada Ahad ini di Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya sebagai alternatif untuk masyarakat Islam Malaysia yang lazim menyambut Tahun Baharu Masihi.

Mengulas status 130 stesen pemancar komunikasi yang terjejas akibat banjir di Sabah, Kelantan, Pahang, Selangor dan Terengganu Fahmi berkata setakat ini, sebanyak 53 stesen sudah beroperasi semula manakala selebihnya sedang dibaik pulih.

“Saya harap dalam sehari dua, jumlah ini akan berkurangan dan kawasan yang terkesan kita akan kaji sama ada ia adalah kawasan berulang dari segi kerosakan kepada menara telekomunikasi atau kawasan baharu,” katanya.

Fahmi juga berkata beliau akan mengarahkan agar site hardening dilakukan di kawasan terjejas dengan menaikkan peralatan komunikasi ke paras lebih tinggi bagi mengelakkan insiden itu berulang.–AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Kunjungan hormat PPD Klang kepada YADIM Selangor

YADIM Selangor telah menerima lawatan kunjungan hormat daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang pada 30 Januari. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama

Wacana Integriti YADIM bersama pihak SPRM

KOMITED Untuk telus dalam setiap urusan melestari gerakan dakwahnya, YADIM merangka beberapa program dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pada 30

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *