Home » Langit Terbuka » Ambang tahun baharu: Selangor anjur program doa Palestin merdeka

Ambang tahun baharu: Selangor anjur program doa Palestin merdeka

Amirudin hadir di Program Panggilan Intifada: Doa Untuk Palestin pada Sabtu.

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor menganjurkan Program Panggilan Intifada: Doa Untuk Palestin sebagai sebahagian acara kemuncak menyambut kedatangan tahun baharu 2024.

Hampir 500 peserta menyertai acara berkenaan yang berlangsung di Dataran Karnival pekarangan Stadium Shah Alam bermula jam 6.30 petang Sabtu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, program itu sebagai tanda solidariti rakyat Selangor kepada penduduk Palestin.

Menurutnya, kerajaan negeri menyatakan kesediaan untuk menyalurkan bantuan buat penduduk di Palestin bersama-sama dengan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan badan bukan kerajaan (NGO) serta agensi lain.

“Insya-ALLAH, Palestin akan merdeka dan rakyatnya akan bebas tidak lama lagi.

“Semoga ALLAH mengangkat doa kita semua agar saudara kita di Gaza dan Tebing Barat mendapat keamanan dan dikurnia kekuatan dalam menempuh setiap detik yang sukar pada waktu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Menerusi hantaran sama, beliau turut mengulangi desakan supaya gencatan senjata segera dilaksanakan supaya bantuan kemanusiaan dapat diagihkan secara besar-besaran dan pembunuhan rakyat Palestin dapat dihentikan.

Sebelum ini, dunia mengutuk serangan Israel ke atas Palestin yang telah mengorbankan ribuan nyawa tidak berdosa selain kemusnahan harta benda.

Pelbagai gerakan dilancar mendesak peperangan tersebut hentikan.

Terbaharu, Afrika Selatan memfailkan kes terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dengan mendakwa rejim Zionis itu melakukan genosid atau pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Artikel Berkaitan

Tingkat kualiti pendakwaan syarie

SHAH ALAM – Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syarie Malaysia (JPSM) berupaya meningkatkan kualiti pendakwaan dan menyeragamkan proses penggubalan undang-undang syariah di negara ini.

Kunjungan hormat PPD Klang kepada YADIM Selangor

YADIM Selangor telah menerima lawatan kunjungan hormat daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang pada 30 Januari. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *