Home » Citra Yadim » 21 keluarga asnaf disantuni YADIM

21 keluarga asnaf disantuni YADIM

LUMUT – Sebanyak 21 keluarga asnaf disantuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perak dalam program Multaqa Ummah di sini pada 29 Februari lalu.

Mereka yang disantuni terdiri daripada keluarga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang memerlukan serta penduduk di sekitar Pulau Pangkor Perak.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin. Hadir sama ialah Pegawai Laksana TLDM, Komander Mohd Hairulsah Abdul, dan Mejar Zubir Nawawi mewakili Kor Agama Angkatan Tentera, pegawai TLDM dan Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM) YADIM.

Keluarga yang disantuni menerima sumbangan barangan keperluan harian bagi meringankan keperluan mereka.

Ia merupakan sebahagian pengisian dalam program selama sehari membabitkan YADIM Perak dengan pihak TLDM di sini.

Terdahulu, dianjurkan Seminar Rahmatan Lil Alamin yang disampaikan oleh Zolkharnain dan Seminar Pengurusan Kewangan Islam oleh Pengarah Syariah Bank Rakyat, Tuan Hanafiah Mohd Nawawi. Seramai 800 pelatih TLDM menghadiri seminar ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *