Home » Langit Terbuka » 22 Mei lihat anak bulan

22 Mei lihat anak bulan

Cerapan anak bulan akan dilaksanakan di 15 lokasi terpilih oleh jawatankuasa diperkenankan untuk melihat anak bulan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. - Foto Sinar Harian

KUALA LUMPUR – Tarikh melihat anak bulan Syawal di Malaysia adalah pada petang Jumaat, 22 Mei ini iaitu bersamaan 29 Ramadan 1441 Hijrah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan, Majlis Raja-Raja bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Katanya, cerapan anak bulan akan dilaksanakan di 15 lokasi terpilih oleh jawatankuasa diperkenankan untuk melihat anak bulan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini.

Lokasi berkenaan adalah Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor.

Lokasi lain ialah Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah; Balai Besar, Kuala Terengganu, Terengganu dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan.

Seterusnya, Teluk Bandung, Kuching, Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah; Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa, Labuan; Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *