Home » Citra Yadim » Musa’adah Covid-19 di Setiu

Musa’adah Covid-19 di Setiu

SETIU – Daerah ini menjadi lokasi terkini pelaksanaan program Musa’adah Covid-19 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu.

Bermula di Masjid Kampung Jabi di sini, program pada 14 Mei itu menyantuni 100 keluarga dengan pemberian pek sumbangan barangan keperluan harian.

Selesai acara di Masjid Kampung Jabi, kakitangan YADIM Terengganu kemudiannya mengagihkan pula pek sumbangan kepada asnaf yang dikenal pasti di beberapa kampung di daerah ini.

Antara yang disantuni ialah Kampung Apal, Kampung Padang Lengkuas, Kampung Tasek Tok Lebai dan  Kampung Batang Gergaji.

Program ini mendapat kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Jabi, Pasukan Sukarelawan Al Rahmah Dewan Undangan Negeri Jabi dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung sekitar Setiu.

Program Musa’adah Covid-19 YADIM Terengganu ini selaras dengan hasrat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang mahu setiap agensi di bawah beliau untuk menyantuni mereka yang terkesan dengan penularan Covid-19.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *