Enam pelajar dan seorang orang awam turut cedera dalam kebakara terebut.
KUALA LUMPUR 14 Sept. – Seramai 23 pelajar dan dua warden maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi ini.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur, dalam kejadian itu, enam pelajar dan seorang orang awam cedera.
Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.41 pagi.
Video awam menunjukkan tingkat paling atas di bangunan tiga tingkat pusat tahfiz itu masih terbakar ketika azan subuh berkumandang. – Bernama

Forum Perdana Ehwal Islam kupas krisis global, beri pencerahan kepada rakyat
PUTRAJAYA: Forum Perdana Hal Ehwal Islam bertajuk “Satu Saf: Mendepani Cabaran Global” anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama 13 agensi di


KOMEN