Home » Citra Yadim » 25 pimpinan RSY UNIMEL terima watikah

25 pimpinan RSY UNIMEL terima watikah

KUALA SUNGAI BARU – Seramai 25 orang pimpinan Rakan Siswa YADIM (RSY) Universiti Melaka (UNIMEL) telah menerima watikah pelantikan masing masing bagi sesi 2023/2024.

Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM, Encik Shahrizal Mat, dan diiringi oleh Ketua Unit Institusi Pengajian Tinggi KEMUDA, Encik Farisul Islam Fakhrul Adabi pada 5 September.

Dalam ucapan perasmian, Encik Shahrizal menegaskan pentingnya menjaga nama baik RSY dalam usaha menggerakkan usaha dakwah di kampus.

Nilai akhlak yang tinggi perlu diterapkan bagi memimpin para pelajar mahasiswa di UNIMEL kerana itu adalah kunci kejayaan sesebuah organisasi.

Tahniah diucapkan kepada yang telah dilantik menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberikan.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *