Home » Citra Yadim » Kunjungan Pertubuhan Mujamma Ibnu Sunni Lit Talaqqi

Kunjungan Pertubuhan Mujamma Ibnu Sunni Lit Talaqqi

PUTRAJAYA – YADIM baru baru ini menerima kunjungan daripada Pertubuhan Mujamma Ibnu Sunni Lit Talaqqi, Pendang Kedah atau lebih dikenali sebagai Pondok Tuan Guru Haji Abdul Rahim Bukit Jagung.

Beberapa perkara berkaitan merancakkan dakwah dibincangkan institusi pondok terkenal di Kedah ini dengan Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus.

Antaranya termasuklah mewujudkan satu saluran dakwah yang mengangkat suara serta kaedah pengajian pondok menerusi bacaan kitab yang muktabar dalam rancangan di media arus perdana negara.

Pertubuhan Mujamma Ibnu Sunni hadir dengan diketuai oleh pengerusinya, Tuan Guru Haji Abdul Rahim Abdul Rahman serta timbalannya, Dr. Ahmad Mujahid Abdullah, setiausaha, Ahmad Makki Abdullah dan Ustaz Ahmad Anuar selaku tenaga pengajar.

Pertubuhan ini adalah sebuah pusat pengajian Islam menggunakan sistem turath. Ia mempunyai pengalaman cukup tinggi dengan sistem berkenaan dan banyak menganjurkan program-program berkenaan turath.

Kedatangan ini juga merupakan kunjungan balas selepas Datuk Hasanuddin berkunjung ke Pondok Bukit Jagung hujung Julai lalu.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *