Home » Citra Yadim » 30 keluarga terima sumbangan makanan SAY Kuala Langat

30 keluarga terima sumbangan makanan SAY Kuala Langat

TELOK PANGLIMA GARANG – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat tidak pernah sunyi dengan aktiviti kemasyarakatannya.

Terbaru pada 3 Disember, agihan pek makanan siap dimasak diadakan di sekitar mukim ini. Antara lokasi agihan ialah Taman Pahlawan, Taman Desawira serta Jalan Sukepi.

Program diketuai oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin bersama ahli jawatankuasanya, kali ini menyantuni seramai 30 buah keluarga anak-anak yatim.

Agihan pek makanan siap dimasak ini adalah sumbangan dari ahli-ahli SAY sendiri selain daripada orang perseorangan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *