Home » Citra Yadim » Wacana Isu Global Menangani Isu Gejala Sosial YADIM Kelantan

Wacana Isu Global Menangani Isu Gejala Sosial YADIM Kelantan

BACHOK – Sempena Bulan Dakwah 2.0,  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 4 Disember telah mengadakan program YADIM Interaktif : Wacana Isu Global Menangani Isu Gejala Sosial – Dialog Gejala Sosial Era Covid-19 yang bertempat di Dewan Ad Banquet & Catering ,Kampung Seri Sentosa di sini.

Ia dihadiri seramai 30 orang peserta terdiri daripada kakitangan dan pegawai agensi agensi kerajaan, Ahli Jawatankuasa Masjid dan masyarakat setempat.

Program selama tiga jam bermula 8.30 pagi anjuran YADIM Kelantan  dan Persatuan Penduduk Takang Madani (PERTAMA) ini turut mendapat kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) & Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).

Ahli panel program iaitu Pegawai Perubatan Jabatan Psikitri
Hospital Raja Perempuan Zainab II,
Dr.Faridah Mat Yudin
membentangkan kertas kerja berkaitan gejala sosial era pandemik Covid-19 yang merangkumi keganasan rumah tangga, penyalahgunaan gajet dan media sosial, kemurungan, bunuh diri, penyalahgunaan dadah dan lain-lain.

Sesi dialog yang berlangsung kemudiannya pula menyentuh mengenai isu isu seperti kecanduan kepada gajet, akibat daripada penggunaan yang berleluasa hingga mendedahkan kepada filem lucah, yang kemudiannya membawa kepada perasaan ingin mencuba yang menyebabkan perbuatan zina, khalwat dan sebagainya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *