Home » Langit Terbuka » 30 NGO Perak buat laporan polis terhadap Jeff Ooi, Marina Chin

30 NGO Perak buat laporan polis terhadap Jeff Ooi, Marina Chin

IPOH: Sebanyak 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Perak membuat laporan polis berhubung kebiadapan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi mempersenda kematian Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.

Mereka menyelar tindakan pemimpin DAP itu yang didakwa bersifat anti-Islam, sekali gus mengguris perasaan keluarga Allahyarham dan menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.

EXCO Pemuda UMNO, Syamsul Bahrin Putra Ahmad Shibi, berkata kenyataan Jeff Ooi itu satu penghinaan dan menunjukkan ketidakpuasan hati Ahli Parlimen berkenaan terhadap Allahyarham.

Katanya, perkataan ‘adios’ yang digunakan pemimpin DAP itu dalam bahasa Latin bermaksud ‘selamat jalan’ atau ‘berambus’ yang dianggap biadap dan kurang sopan.

“Saya ingin bertanya kepada beliau (Jeff Ooi), ketika Karpal Singh meninggal dunia, adakah ada perkataan yang tidak elok dikeluarkan rakyat terhadap mendiang?” katanya pada sidang media selepas membuat laporan di Balai Polis Sungai senam, di sini hari ini.

Kira-kira 100 ahli mewakili pelbagai NGO hadir bagi membuat laporan polis berkenaan, termasuk Majlis Ayahanda-ayahanda Perak (MAAP), Pemuda UMNO Malaysia dan Pertubuhan Ayahanda Penasihat Insan Malaysia (PAPIM).

Dalam pada itu, NGO terbabit turut membuat laporan polis supaya mengambil tindakan terhadap penganjur perhimpunan Bersih 5.0, Marina Chin Abdullah.

https://www.bharian.com.my

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *