Home » Langit Terbuka » PAS akan terus beri penjelasan cadangan pindaan Akta 355

PAS akan terus beri penjelasan cadangan pindaan Akta 355

KUALA LUMPUR: PAS sedia berdialog semula dengan Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia (PHM) sehingga kepemimpinan dan ahli pertubuhan itu memahami cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).

Ketua Penerangan, Nasrudin Hassan, ia berikutan dakwaan Presiden PHM, Datuk Khoo Chai Kaa bahawa beliau masih tidak memahami penjelasan diberikan dalam dialog di Pudu, di sini, semalam sehingga berhasrat meneruskan kempen sejuta tandatangan bagi membantah pindaan dicadangkan PAS.

“Selagi tidak faham, maka marilah berbincang dan berdialog. Janganlah bertindak dan membuat penentangan terhadap Islam mahupun Pindaan Akta 355 tanpa memahami apakah kedudukannya yang sebenar kerana ia merendahkan moral dan peribadi,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sesi dialog dan soal jawab di Pudu semalam diketuai sendiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Sewajarnya kunjungan PAS ke pejabat PHM semalam diambil kesempatan sepenuhnya oleh pihak persatuan untuk bertanya mahupun mengemukakan pandangan mereka serta berdialog bagi memahami kedudukan sebenar isu Pindaan Akta 355.

“Namun malang, mereka tidak membuka ruang dialog dan tiada sebarang pertanyaan diajukan kepada Abdul Hadi, sedangkan Presiden PAS memberi penerangan dengan bahasa yang sangat mudah dan terus kepada subjek perbincangan secara jelas,” katanya.

Dalam pada itu, Nasrudin berkata, PAS sekali lagi akan memberi penerangan khas dan berdialog secara dua hala bagi menjelaskan isu itu kepada wakil media cetak dan media sosial berbahasa Cina, Tamil, Inggeris dan Melayu, dijadual pada 29 September ini di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, di sini.

https://www.bharian.com.my

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *