Home » Citra Yadim » 300 pek makanan untuk asnaf Pinang Tunggal

300 pek makanan untuk asnaf Pinang Tunggal

SEBERANG PERAI UTARA – Melalui inisiatif Dapur Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), sebanyak 300 pek makanan siap dimasak diedarkan kepada asnaf yang memerlukan di Pinang Tunggal di sini pada 25 Julai.

Makanan berupa sup daging, air asam dan nasi itu diedarkan oleh Sukarelawan YADIM Pinang Tunggal selepas acara bergotong royong memasaknya di sini.

Masakan tersebut adalah daripada hasil daging korban yang diagihkan oleh pihak YADIM Pulau Pinang sebanyak 20 kilogram sebelum 10 kilogram lagi ditambah oleh dermawan kawasan ini.

Hadir ke acara ini ialah Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Mohd Afifi Ruslan.

Inisiatif Dapur YADIM merupakan program bergotong royong memasak dan mengedarkan makanan kepada pihak yang memerlukan yang diadakan setiap minggu di sini.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *