Home » Citra Yadim » 17 mangsa ribut disantuni YADIM Kelantan

17 mangsa ribut disantuni YADIM Kelantan

KOTA BHARU – Program menyantuni rakyat yang ditimpa musibah terus menjadi fokus Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)  Kelantan.

Lebih lebih lagi disaat begitu ramai golongan yang memerlukan perlukan perhatian akibat terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan Covid-19.

Justeru apabila ribut melanda beberapa kawasan di negeri ini pada 23 Julai lalu, YADIM Kelantan segera turun padang menghulurkan bantuan.

Seramai 17 keluarga di Ketereh,  Bachok dan Pasir Puteh yang diuji dengan musibah kerosakan rumah akibat dari ribut kuat yang melanda  menerima sumbangan barangan keperluan harian pada 25 Julai.

Sumbangan disampaikan Pengarah YADIM Kelantan l, Ustaz Haji Mahadi Awang.

Hadir sama ialah seramai enam ahli SAY Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.

Kesemua mereka menerima barangan keperluan harian untuk meringankan beban yang ditanggung.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *