Home » Citra Yadim » 300 pek makanan untuk mangsa banjir oleh SAY Kuala Langat

300 pek makanan untuk mangsa banjir oleh SAY Kuala Langat

BUKIT CHANGGANG – Prihatin dengan kesulitan dihadapi mangsa banjir di sini, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat mengambil inisiatif menyediakan makanan bermasak untuk mereka.

Inisiatif Dapur Rakyat SAY Kuala Langat pada 28 Disember ini bermula dengan edaran 300 set makanan untuk 40 keluarga.

Selain makanan, turut disumbangkan ialah toto, bantal dan selimut kepada mangsa banjir di sini.

Para penerima menzahirkan ucapan terima kasih atas sumbangan yang diberikan yang menurut mereka tepat pada masanya.

Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin hadir menyampaikan sumbangan berkenaan.

Sejak seminggu lalu, pasukan ini turun padang ke beberapa lokasi menyantuni mangsa mangsa banjir di seluruh Kuala Langat.

Artikel Berkaitan

Penyampaian Rehal Al-Quran Oleh YADIM Kelantan

KOTA BHARU – YADIM Negeri Kelantan meneruskan usaha memperkukuh jalinan ukhuwah bersama institusi masjid menerusi Majlis Jalinan Kasih: Penyampaian Rehal al-Quran yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *