Home » Citra Yadim » Misi pasca banjir YADIM di Kampung Paya Dalam

Misi pasca banjir YADIM di Kampung Paya Dalam

TEMERLOH – Selepas banjir surut, warga daerah ini mula pulang untuk  membersihkan kediaman masing masing.

Ini merupakan fasa paling sukar pasca bencana banjir kerana memerlukan bukan sahaja tenaga, malah kewangan untuk pulih seperti sebelum ini.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang turut serta dalam program Musa’adah Keluarga Malaysia bersama rakan rakan agensi agama hari ini (28 Disember) telah berkunjung ke Kampung Paya Dalam di sini bagi menyantuni warganya. Sebanyak 10 kediaman dipilih untuk dibantu dibersihkan. 

Sukarelawan yang datang melaihat sendiri betapa dahsyat kesan banjir yang menenggelamkan hampir keseluruhan kampung.

Rumah rumah dimasuki air dan kesemuanya mempunyai kesan lumpur tebal, tumbuhan layu dan mati, perabot musnah, peralatan elektrik rosak serta kediaman pula perlu dibaiki.

Membantu sedaya yang mampu, YADIM menghulurkan sedikit sumbangan kepada penduduk selain membersihkan kediaman mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Haji Idris bin Haji Ahmad turt serta selain Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan.

Selain di Kampung Paya Dalam, badan dakwah ini juga menyantuni komuniti di sini menerusi pembukaan Dapur Rakyat YADIM di Kampung Batu Satu. Sebanyak 1,000 pek makanan diagihkan setiap hari.

Misi pasca banjir kali ini turut disertai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dibawah Majlis Amal Islami Malaysia antaranya Pusat Dakwah Serantau, Gerakan Pembela Ummah, PERKID Malaysia, RAHMAT Care, Sahabat Cakna Lembah Pantai, Syabab Care, Pertubuhan Syabab Prihatin, Akademi Didik Anak Muda, Humanitarian Inspiration dan beberapa lagi NGO  serta sukarelawan daripada negeri Kedah, Perak dan Negeri Sembilan. 

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *