Home » Citra Yadim » 300 penduduk Kuala Terengganu terima manfaat Souq@YADIM

300 penduduk Kuala Terengganu terima manfaat Souq@YADIM

KUALA TERENGGANU – Selepas Sentul di Kuala Lumpur dan Putatan, Sabah, program Souq@YADIM diadakan di daerah ini yang memberi manfaat kepada seramai 300 keluarga.

Kesemua yang disantuni ini menerima barangan keperluan dapur seperti ayam, sayuran, bawang dan telur pada program yang diadakan pada 3 Jun ini.

Majlis yang sama menyaksikan seramai 30 orang penghantar makanan dan Sukarelawan YADIM bekerjasama menghantar barangan keperluan ke beberapa pusat pengajian di sini antaranya Madrasah Tahfiz Barakatul Islah Manir, Madrasah Al Latifiyyah Losong Haji Long, Baitul Sakinah Panji Alam, MyCP Merbau Patah dan Tahfiz Ar Rusd Pasir Panjang.

Program ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sains dan Inovasi merangkap Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim.

Hadir ke program ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin dan Pengarah Bahagian Khidmat Bakti YADIM, Abdul Qaiyum Aris

Turut diadakan pada hari yang sama ialah Quran Hour yang dipimpin oleh Johan Qari Antarabangsa 2014, Ustaz Hafas Ali.

Souq@YADIM merupakan sebahagian pengisian program jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia yang dirancang diadakan di seluruh negara.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *