Home » Citra Yadim » SAY santuni pesakit kanser usus

SAY santuni pesakit kanser usus

SIJANGKANG – Seorang penduduk kampung di sini yang mengidap kanser usus telah disantuni Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat pada 2 Jun.

Ashari Ejab yang juga merupakan ahli pasukan SAY Kuala Langat diziarahi Pengerusinya, Hasmawi Mahidin dan ahli jawatankuasanya, Roslan Yaakob serta beberapa ahlinya yang menyampaikan sedikit sumbangan wang tunai.

Turut menyertai SAY Kuala Langat menyantuni Ashari ialah Rumah Anak Anak Yatim Sijangkang, yang  mengadkan program bacaan doa selamat untuknya.

Penyelarasnya, Haji Jailani Ahmad sendiri memimpin majlis tersebut yang diadakan di rumah berkenaan.

Untuk masa akan datang, kedua pihak ini akan terus bergandingan dalam pelbagai program yang memberi manfaat untuk komuniti kampung ini.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *