Home » Langit Terbuka » 400 institut tahfiz diseru mendaftar – TPM

400 institut tahfiz diseru mendaftar – TPM

Suasana di sebuah sekolah tahfiz. (Gambar hiasan)

PUTRAJAYA 15 Feb. – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kira-kira 400 institut tahfiz yang tidak berdaftar untuk tampil membuat pendaftaran dengan Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing demi kepentingan dan keselamatan anak-anak tahfiz.

Timbalan Perdana Menteri berkata, statistik Jabatan Bomba dan Penyelamat menunjukkan terdapat kira-kira 1,000 institut Maahad Tahfiz di negara ini berbanding senarai yang sah berdaftar iaitu

“Antara sebab masih banyak Maahad Tahfiz tidak berdaftar kerana Jabatan Agama Islam Negeri telah menentukan piawaian dan ciri-ciri keselamatan yang perlu dipenuhi.

“Mereka khuatir syarat-syarat itu tidak dipenuhi tetapi demi menjaga keselamatan anak-anak tahfiz, mereka perlu mematuhinya,” katanya selepas majlis penyampaian bantuan alat keselamatan kebakaran kepada 612 institusi tahfiz di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *