Home » Langit Terbuka » 43 tahun penjara serang jemaah masjid

43 tahun penjara serang jemaah masjid

DARREN Osborne yang merempuh sekumpulan jemaah masjid selepas solat Tarawih di London dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. - Foto : https://images.archant.co.uk

LONDON 3 Feb. – Seorang warga Britain yang merempuh sekumpulan jemaah masjid selepas solat Tarawih di London hingga menyebabkan seorang terbunuh Ramadan lalu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup semalam dengan tempoh minimum 43 tahun.

Darren Osborne, 48, dari Cardiff, Wales, didapati bersalah membunuh Makram Ali, 51, dan cuba membunuh beberapa yang lain dalam kejadian di Finsbury Park, utara London pada 19 Jun lalu.

Pendakwa sebelum ini berkata perbuatannya jelas dilihat sebagai serangan pengganas.

Osborne yang juga seorang penganggur, sebelum ini mengaku tidak bersalah malah mendakwa seorang lelaki bernama ‘Dave’ sebenarnya memandu ketika itu.

Bagaimanapun polis berkata, ia hanyalah satu pembohongan kerana lelaki itu tidak wujud. Menurut saksi, beliau mendengar Osborne berkata “Tugas saya selesai, anda boleh bunuh saya sekarang.”

Juri mendapati dia bersalah selepas dibicarakan selama dua minggu. – AFP

Artikel Berkaitan

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *