Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kuala Selangor, setakat 8.30 pagi tadi, kesemua mangsa yang terdiri daripada 24 orang dewasa, 13 kanak-kanak dan sembilan warga emas dari Kampung Seri Aman Sungai Buloh dan Kampung Ladang Tuan Mee ditempatkan di pusat pemindahan berkenaan.

“Pemantauan berterusan sedang dibuat oleh agensi dan pejabat daerah berkaitan,” kata sekretariat berkenaan dalam satu kenyataan. – BERNAMA