Home » Citra Yadim » 50 keluarga disantuni YADIM di Selising

50 keluarga disantuni YADIM di Selising

PASIR PUTEH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan tanpa henti, terus menyantuni golongan kurang bernasib baik di daerah ini menerusi program program ziarah rahmah mereka.

Menerusi program berkenaan pada 18 Januari, sebanyak 50 keluarga orang kelainan upaya (OKU), warga emas dan pesakit kronik menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM Kelantan.

Bermula jam 10 pagi, penyelaras program berkenaan, Penolong Pengarah YADIM Kelantan, Yusnita Mohamed Yusoff dan pasukannya telah menziarahi 10 buah rumah sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Selising di sini.

Menerusi sumbangan dan kunjungan rahmah, YADIM berharap ia sedikit sebanyak meringankan beban mereka selain mendekat dan memasyarakatkan badan dakwah ini.

Program kemudiannya disambung pada sebelah petang di masjid Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa di sini.

Sebanyak 40 buah keluarga ibu tunggal, warga miskin dan OKU pula disantuni, juga menerusi sumbangan barangan keperluan harian. Penyampaian disempurnakan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Mejar (B) Zaidi Abdul Halim.

Beberapa pemimpin setempat di Selising juga hadir sama ke majlis ini.

Antara pengisian lain program ialah ceramah agama oleh penceramah YADIM Kelantan, Ustaz Satar Abdullah.

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *